1. Proses sebelum pembuatan dodol
Sebelum memproses dodol bahan – bahan membuat dodol
mestilah disediakan terlebih dahulu. Di
antara bahan – bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Pemprosesan dodol
sebanyak 100 kilogram untuk satu kawah.
·
50 kilogram santan segar
·
28 kilogram tepung pulut
·
30 kilogram gula Melaka
·
20 kilogram gula pasir
·
Perisa dan bahan pengawet yang dibenarkan
·
12 liter air
2. Proses semasa pembuatan dodol
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah digaul dengan menggunakan mesin secara berterusan. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak. Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.
3. Proses selepas pembuatan dodol
Dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam bekas yang besar. Kemudian dodol diletakkan di dalam bilik bersuhu rendah untuk mendapat kualiti yang baik. Dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Kemudian, dodol yang disejukkan itu bolehlah dibungkus dan diedarkan di pasaran dan pemborong.
Salam..nk tnyla bahan pengawet ape ye yg awk guna?
Email sy please wawalim6886@gmail.com
Tq ye
Apa nama pengawit yang dibenarkan...