Author: Ramlah Dodol Melaka Genre:
    Rating



    Menurut penerangan Encik Zaki bin Ayob, iaitu pengurus besar syarikat Ramlah Food Enterprise. Beliau menjelaskan bahawa perusahaan dodol nya telah wujud sejak moyangnya lagi, ketika itu dodo ini di hasilkan di Singapura, kemudian ia telah dibawa oleh neneknya dan di warisi oleh ibunya iaitu Pn Ramlah dan pada ketika itu juga Pn Ramlah telah sedaya upaya mengembangkan perniagaan dan berdaftar di bawah suruhanjaya syarikat Malaysia dan membuat, menjual dan membekal dodol nya itu di sekitar negeri Melaka, dan pada kita itu Encik Zaki yang berusia di dalam lingkungan 19 tahun, turut sama membantu ibunya dalam mengurus perniagaan dodol keluarganya itu.


                Menurut Encik Zaki, dia seorang peniaga yang hanya berkelulusan sijil pelajaran Malaysia iaitu SPM, selepas ia menghabiskan zaman persekolahnya  beliau telah dipertanggungjawabkan oleh ibunya iaitu Puan Ramlah, bagi  mengurus perniagaan keluarganya di mana ketika itu beliau berumur seawal 20an, sepanjang penglibatan encik Zaki di dalam perniagaan ini, beliau banyak mempelajari seluk belok perniagaan dodol melalui ibunya Puan Ramlah, dan kemudian beliau juga beliau giat mengikuti seminar-seminar usahawan dan khusus-khusus usahawan. Antara khusus-khusus yang di ikuti oleh encik Zaki ialah khusus kebersihan industri, khusus akauntan, MARDI, FAMA, PELADANG, MARA dan pelbagai agensi lagi mahupun kerajaan dan swasta. Selain itu juga beliau giat dalam mempertingkatkan mutu qualiti produknya, di mana beliau bekerjasama dengan pihak agensi keusahawanan kerajaan selama 3 tahun menghasilkan produk dodol yang mempunyai jangka hayat yang panjang berbanding produk dodol yang lain.
                Selain itu, juga syarikat yang di usahakan olehnya ini telah berjaya menarik hampir kebanyakan pemborong dalam dan luar negara, mahupun di sekitar Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Selain itu, produk Ramlah juga berjaya menambat hati masyarakat dan peniaga luar negara seperti negara Brunei, Singapura, Filipina, Taiwan, Korea dan China. sehingga kini, produk pembuatan dodol nya berkembang dengan baik.

                Di samping itu, beliau banyak menerima anugerah usahawan terbaik Melaka, sekitar tahun 2007 hingga ke hari ini, selain itu Syarikat Ramlah Food Enterprise juga mendapat sambutan yang terbaik di dalam senarai usahawan Malaysia iaitu MAHA. Kegigihan keluarga beliau menghasilkan produk dodol kini mendapat sambutan yang hebat, mahupun dalam dan luar negara.

    Leave a Reply